kilangpadi

 

  Keusahawanan adalah antara perkara yang terpenting kepada individu, keluarga, pembangunan masyarakat, pembangunan negara serta agama. Ianya merupakan satu bidang ilmu yang merangkumi unsur-unsur sikap, kemahiran dan pengetahuan yang berkaitan dengan perniagaan dan perusahaan.

   Manakala usahawan ialah seorang ahli perniagaan yang mencari dan meraih peluang yang ada. Kemudian, menukar peluang tersebut menjadi idea yang dapat dijual. Keusahawanan sangat penting dalam dunia hari ini, iaitu sebagai pemangkin kepada perubahan dan perkembangan ekonomi. Penduduk di Palekbang turut terlibat dalam kegiatan keusahawanan. 

   Penduduk Palekbang banyak menceburi bidang perniagaan dan keusahawanan yang banyak terdapat di sini seperti kedai runcit, bengkel mengimpal, kedai menjual cat, kilang padi, gerai pisang goreng dan sebagainya.

serunding

   Terdapat juga di kawasan berhampiran kampung ini, ada yang mengusahakan perusahaan membuat dodol. Selain itu, ada juga sebilangan daripada mereka mengusahakan perusahaan membuat serunding daging dan ayam.