PASAR BESAR WAKAF BHARU

pasarwakafbharu1pasarwakafbharu3

Pasar Wakaf Bharu adalah pasar terbesar dan paling sibuk dalam Daerah Tumpat. Pasar ini juga pernah menerima anugerah pasar paling bersih dalam negeri Kelantan. Pelbagai jenis barangan dijual di pasar ini. Waktu operasi adalah setiap hari dan dibuka dari pagi hingga petang.

 

PONDOK TOK SELEHOR

110320101133 110320101138

110320101139 110320101144

   Pondok Tok Selehor Kg. Laut Tumpat merupakan pusat pengajian pondok yang sangat terkenal di negeri Kelantan dan Malaysia amnya. Pusat Pengajian Pondok ini diasaskan oleh Tuan Guru Hj. Abd Rahman Bin Othman yang dikenali dengan panggilan Tok Selehor pada tahun 1921.

   Terletak di atas tanah seluas 3 ekar, pusat pengajian ini terkenal dengan Tempat Bersuluk (bersunyian dan menyendiri untuk merapatkan diri dengan Allah) iaitu satu tempat dalam tanah yang menyerupai sebuah kubur. Keadaan ini dapat memberikan satu pengalaman yang benar-benar takutkan Allah dan alam akhirat.

 

   Pusat pengajian pondok ini telah melahirkan ramai alim ulama yang terkenal di Kelantan dan negara jiran. Pada masa ini, pondok ini juga telah mengadakan kemudahan penempatan kepada kanak-kanak yatim dan orang-orang tua.