JKKKP KG. PALEKBANG

   Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) merupakan satu institusi pentadbiran akar umbi yang diberi pengiktirafan oleh kerajaan negeri untuk membantu dalam pentadbiran kampung. Justeru, JKKKP memainkan peranan sebagai badan perancang penentuan strategi dan pelaksanaan program atau projek pembangunan di dalam kampung. Selain itu, JKKKP turut menjadi badan penggerak dan berupaya menggembleng tenaga, sumber pembangunan dan mengubah sikap masyarakat di peringkat kampung bagi tujuan mempertingkatkan lagi daya pengeluaran. Justeru, pelbagai aktiviti telah direncanakan bagi merealisasikan misi sebenar JKKKP.

   Antara aktiviti yang sering diadakan ialah aktiviti kemasyarakatan, keagamaan dan sebagainya. Aktiviti ini antara lain turut bertujuan melahirkan sebuah masyarakat yang proaktif.    Di samping itu, kawalan keselamatan seperti rondaan malam secara berkala turut dilakukan yang melibatkan penyertaan semua penduduk. Hal ini kerana setiap anggota masyarakat mempunyai peranan tertentu dalam komunitinya dan ia perlu dilaksanakan agar keharmonian hidup bersama dapat dikekalkan dan dinikmati oleh segenap anggota masyarakat.

 

 AHLI PARLIMEN

 

 

JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG PERSEKUTUAN (JKKKP)

 

JKKKP PALEKBANG