Nama       : Rohafiza Binti Othman
Umur         : 35 Tahun
Ahli           : 2010

 

 

Latar belakang

 

Merupakan seorang suri rumahtangga dari Kg.Palekbang,Tumpat.Beliau menjalankan perusahaan menjahit dan membuat pakaian secara kecil-kecilan dan secara atas talian.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 

Pemasaran produk hanya dikawasan sekitar dan kepada kaum kerabat dan juga kenalan terdekat

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

 Sebelum ini perniagaannya hanya tertumpu dikawasan sekitar Tumpat dan Kota Bharu sahaja.Namun setelah menghadiri kelas latihan komputer di PI Palekbang beliau berminat untuk memasarkan produknya melalui atas talian dan hasilnya pelangannya semakin bertambah dan nyata menigkat dan pasaran produk menembusi pasaran luar daripada daerah kediaman.

Nama       : Tengku Iskandar Bin Tengku Ibrahim
Umur         : 39 Tahun
Ahli           : 2019

 

Latar belakang

 

Ku Iskandar merupakan penduduk berasal daripada Kota Bharu dan menetap di kg.Morak, Tumpat. Beliau merupakan seorang kontraktor elektrik yang menjalankan perkhidmatan elektrikal dan mempromosikan perkhidmatan secara atas talian.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 

Perkhidmatan hanyalah kepada pelanggan sekitar kampong dan kepada kenalan-kenalan rapat sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

 Selepas menyertai Kelas Keusahawanan di Pusat Internet Palekbang, beliau dapat menambah lagi ilmu pemasaran produk ke dalam media sosial. Mempromosikan produk ke dalam FB & Whatsapp dan mula mendapat tempahan awal dari pelanggan kampung sekitar tumpat.