Nama       : Wan Nazirah Binti Wan Ya
Umur         : 19 Tahun
Ahli           : 2018

 

 

Latar belakang

Wan Nazirah adalah merupakan pelajar sarjana muda daripada Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan berasal daripada Kg.Laut . Sementara menghabiskan cuti semester, Wan Nazirah mengambil peluang untuk belajar kelas komputer di Pusat Internet Palekbang bagi menambah kemahiran penggunaan komputer. Beliau akui mempunyai kemahiran yang sangat lemah dalam menggunakan komputer dan kurang pendedahan tentang penggunaan Internet..

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum ini, Wan Nazirah  kurang mahir dalam mengendalikan aplikasi MS Office dan juga penggunaan Internet. Ketika masih menuntut di IPTA,beliau memang sukar untuk membuat tugasan yang melibatkan literasi komputer. Justeru itu, beliau mengambil keputusan untuk mengikuti kursus komputer sementara ada masa yang terluang

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mengikuti kursus komputer selama lebih kurang 4 minggu, kini Wan Nazirah semakin mahir menggunakan aplikasi MS Office Word dan MS Office Excell. Pada masa yang sama, beliau juga turut mengikuti kelas Asas Keusahawan yang dianjurkan oleh Pusat Internet Palekabng bagi membuka peluang dalam perniagaan atas talian.