Nama       : Nur Izzati Binti Mokhtar
Umur         : 24 Tahun
Ahli           : 2014

 

 

Latar belakang

Nur Izzati Binti Mokhtar berasal dari Kg.Paloh,Tumpat. Beliau mula menjalankan perniagaan pada tahun 2016 di Tingkat 2, Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu dengan bantuan modal daripada bapanya.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum ini, beliau hanya menjalankan perniagaan di kedai sahaja dan tidak pernah terlibat dalam mana-mana perniagaan dalam talian.Namun,beliau mengambil langkah berani untuk mencuba membuat promosi secara dalam talian bagi jualan barangan dalam facebook dan instagram.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Nur Izzati memulakan dengan menglibatkan diri mengikuti kursus dan Latihan Keusahawanan di Pusat Internet Palekbang ini pada bulan Mac 2016 dan telah berjaya menghabiskan modul yang dipelajari hanya dalam tempoh 1 bulan. Setelah mempelajari kemahiran keusahawan di Pusat Internet Palekbang ,beliau berminat untuk melibatkan diri dalam perniagaan online. Beliau lebih menyukai platform Facebook dan Instagram sebagai pilihan beliau untuk menjual perniagaannya kepada umum dan masyarakat setempat. Beliau katanya begitu teruja untuk bergiat secara aktif dalam dunia jualan dan pemasaran online. Tidak diragui pada permulaan perniagaan beliau, beliau perlu lebih aktif dalam mempromosikan barangan jualan beliau kerana beliau masih baru dalam dunia jualan online ini. Namun, beberapa bulan selepas itu, beliau mampu untuk meraih keuntungan dua kali ganda setelah mengaplikasikan jualan di talian. Beliau sangat teruja dan berazam untuk mempertingkatkan lagi usaha bagi meraih pendapatan yang lebih banyak.