Nama       : Nurul Amanina Bt Md Yusoff
Umur         : 28 Tahun
Ahli           : 2010

 

Latar belakang

 

Nurul Amanina berasal dari Kg.Haji Merah, Tumpat. Beliau merupakan seorang usahawan yang menjual makanan dan kuih-muih secara atas talian.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 

Permintaan untuk produk yang dijual sebelum ini hanya melalui walk in dari pelanggan sahaja. Jualan kuih-muih atau tempahan makanan hanya  melalui panggilan sahaja dan tidak begitu meluas pemasaran.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

 Selepas menyertai Kelas Keusahawanan di Pusat Internet Palekbang, beliau dapat menambah lagi ilmu pemasaran produk ke dalam media sosial. Mempromosikan produk ke dalam FB & Whatsapp dan mula mendapat tempahan awal dari pelanggan kampung sekitar tumpat. Perkhidmatan “COD” juga disediakan mengikut masa, kuantiti dan lokasi pelanggan. Pendapatan sebulan boleh mencecah sehingga RM1000-RM1500