Nama       : Syahirah Binti Saripudin
Umur         : 25 Tahun
Ahli           : 2018

 

 

Latar belakang

 

-Cik Syahirah berasal dari Kg.Wakaf King, Tumpat. Beliau merupakan seorang usahawan yang telah membuka kedai roti dan cakes di  Wakaf King yang diberi nama IEZA Cakes & Cookies Kelantan.Kedai beliau beroperasi seawal jam 9.00 pagi sehingga jam 5.30 petang.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

-Permintaan untuk produk (roti & cakes) yang dijual sebelum ini hanya melalui walk in dari pelanggan sahaja. Jualan roti & cakes atau tempahan makanan hanya  melalui panggilan sahaja dan tidak begitu meluas pemasaran.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

-Selepas menyertai Kelas Keusahawanan di Pusat Internet Palekbang, beliau dapat menambah lagi ilmu pemasaran produk ke dalam media sosial. Mempromosikan produk ke dalam FB & Instagram dan mula mendapat tempahan awal dari pelanggan kampung sekitar tumpat. Perkhidmatan “COD” juga disediakan mengikut masa, kuantiti dan lokasi pelanggan. Pendapatan sebulan boleh mencecah sehingga RM1500-RM2000

 Nama       : Ifti Safiyya Binti Anuar
Umur         : 15 Tahun
Ahli           : 2018

 

Latar belakang

Ifti Safiyya adalah merupakan pelajar tingkatan 3 daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Kg Laut. Ketika cuti hujung minggu beliau mengambil keputusan untuk mengikuti kelas komputer di Pusat Internet Pelekbang kerana mengakui mempunyai kemahiran yang sangat lemah dalam menggunakan komputer dan kurang pendedahan tentang penggunaan Internet.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada awal permulaan Ifti Safiyya tidak tahu menggunakan dan mengendalikan penggunaan internet

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Ifti Safiyya telah mengikuti kelas latihan kelas Asas Komputer di Pusat Internet Palekbang selama lebih kurang 2 bulan. Kini, beliau telah semakin mahir menggunakan aplikasi MS Office Word dan MS Office Excell.Tujuan utama beliau belajar adalah untuk kemudahkan urusan beliau untuk membuat kerja khusus yang diberikan oleh cikgu di sekolah. Oleh yang demikian, jalan yang terbaik buat beliau adalah dengan menghadiri kelas belajar kelas asas komputer.

 

 

 Nama       : Nor Azhar Bin Mhnoor @Mdnor
Umur         : 41 Tahun
Ahli           : 2015

Latar belakang

 

-Merupakan seorang usahawan dari Kg.palekbang.Beliau menjalankan perusahaan telur itik dan ternakan itik telur secara atas talian dan juga secara terbuka.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 

-Pemasaran produk hanya dikawasan sekitar daerah Tumpat  dan juga kenalan terdekat sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

-Sebelum ini perniagaannya hanya tertumpu dikawasan sekitar Tumpat dan Kota Bharu sahaja.Namun setelah menghadiri kelas latihan komputer di PI Palekbang beliau berminat untuk memasarkan produknya melalui atas talian dan hasil  jualan nyata menigkat dan pasaran produk menembusi pasaran luar daripada Kelantan.

 Nama       : NUR HIDAYU BT ABDUL AZIZ
Umur         : 26 Tahun
Ahli           : 2010

Latar belakang

 

- Nur Hidayu Bt Abdul Aziz berasal dari Kg.Berlian,Tumpat.Belaiu merupakan suri rumah dan ibu kepada 2 orang anak. Beliau mula menjalankan perniagaan barangan kosmetik bermula pada tahun 2017.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 

-Sebelum ini, Hidayu tidak pernah terlibat dalam mana-mana perniagaan dalam talian.Namun,beliau mengambil langkah berani untuk mencuba membuat promosi secara dalam talian bagi jualan barangan kosmetik dalam facebook dan instagram.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

-Nor Hidayu memulakan dengan menglibatkan diri mengikuti kursus dan Latihan Keusahawanan di Pusat Internet Palekbang ini pada bulan November 2017 dan telah berjaya menghabiskan modul yang dipelajari hanya dalam tempoh 2 bulan. Setelah mempelajari kemahiran keusahawan di Pusat Internet Palekbang ,beliau berminat untuk melibatkan diri dalam perniagaan online. Nor Hidayu lebih menyukai platform Facebook dan Instagram sebagai pilihan beliau untuk menjual perniagaannya kepada umum dan masyarakat setempat. Dengan berbekalkan modal sebanyak RM 300-400, beliau memulakan tapak perniagaan beliau di laman sesawang. Beliau katanya begitu teruja untuk bergiat secara aktif dalam dunia jualan dan pemasaran online. Tidak diragui pada permulaan perniagaan beliau, beliau perlu lebih aktif dalam mempromosikan barangan jualan beliau kerana beliau masih baru dalam dunia jualan online ini. Namun, beberapa bulan selepas itu, beliau mampu untuk meraih keuntungan dua kali ganda setelah mengaplikasikan jualan di talian. Beliau sangat teruja dan berazam untuk mempertingkatkan lagi usaha bagi meraih pendapatan yang lebih banyak.

Nama : Ahmad Nabil Bin Ahmad Nazir

Umur : 14 Tahun

Tahun Ahli : 2014

 

Latar belakang

 

Ahmad Nabil Bin Ahmad Nazir merupakan seorang pelajar sekolah yang tidak tahu manngunakan komputer .Sebelum mengenali PI Palekbang beliau merupakan seorang yang hampir tiada pengetahuan langsung mengenai dunia ICT dan tidak pandai menggunakan komputer.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 

Seorang yang tidak pandai mengendalikan serta menggunakan computer dan tidak tahu menggunakan perisian komputer seperti Microsoft Office, Paint dan Google Chrome

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah itu beliau mendaftar untuk menjadi keahlian PI Palekbang atas nasihat daripada kawan dan mula mengikuti latihan yang diatur oleh petugas dan tenaga pengajar PI Palekbang.Beliau banyak mendapat tunjuk ajar daripada petugas untuk menggunakan komputer dan mempelajari ilmu ICT dan cara-cara menggunakan internet dengan selamat.Selepas mendapat pendedahan dan tunjuk ajar daripada PI kini beliau mampu untuk mengendalikan dan menggunakan internet dengan sempurna.