Nama          : Mohd Iezuam Bin Mohd Radzi

Butiran Diri : -Penduduk Kawasan Kg.Palekbang

                    - Berumur 30 Tahun.

Kisah Kejayaan :

Latar belakang

 

- Merupakan seorang usahawan muda dari Kg.Palekbang,Tumpat.Beliau menjalankan perniagaan jam tangan lelaki dan wanita secara atas talian.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 

-Pemasaran produk hanya dikawasan sekitar dan kepada kaum kerabat dan juga kenalan terdekat

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

-Sebelum ini perniagaannya hanya tertumpu dikawasan sekitar Tumpat dan Kota Bharu sahaja.Namun setelah menghadiri kelas latihan komputer di PI Palekbang beliau berminat untuk memasarkan produknya melalui atas talian dan hasil  jualan nyata menigkat dan pasaran produk menembusi pasaran luar daripada Kelantan.

Nama          : Ahmad Qassim Bin Nor Azli

 Butiran Diri : -Penduduk kawasan Palekbang

                      -Berumur 25 tahun

Kisah Kejayaan :

Latar belakang

 

-Beliau berumur 25 tahun dan merupakan seorang lepasan sekolah yang menjalankan perniagaan online barangan aksesori motosikal.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 

Pendapatannya hanya tertumpu dikawasan sekitar dan tidak begitu memberangsangkan.kerana jualan produk hanya kepada orang terdekat dan orang yang mengenali sahaja dan menggunakan kaedah offline.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

-Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Palekbang beliau telah mendapat pendedahan jualan secara online dan melalui kaedah ini hasil jualan meningkat dari sebelumnya.ini kerana produk menembusi pasaran yang lebih luas lagi termasuk luar daripada Kelantan.

 

OKU Celik IT

Nama         : AHMAD SYAUQAN ASQALANI BIN AZHAM 

Butiran Diri : -Penduduk Tetap kawasan Palekbang

                   -Berumur 14 tahun.

                   -Pelajar kurang upaya (Cacat Anggota)

Kisah Kejayaan :

      Bermula hanya semata-semata mengikuti kawan baiknya untuk mengenali Pusat Internet dan setelah kesini beliau tertarik untuk mempelajari cara menggunakan komputer.Setelah itu ,beliau mendaftar untuk menjadi keahlian Pusat Internet Palekbang atas nasihat daripada kawan dan mula mengikuti latihan yang diatur oleh petugas.Beliau banyak mendapat tunjuk ajar daripada petugas untuk menggunakan komputer dan mempelajari ilmu ICT dan cara-cara menggunakan internet dengan selamat.Selepas mendapat pendedahan dan tunjuk ajar daripada petugas Pusat Internet kini beliau mampu untuk mengendalikan dan menggunakan internet dengan sempurna dan mengulangkaji pelajaran dalam talian.

 1    2 

 3    4

                   

Nama              :Muhammad Afif Asyraf Bin Azli

Butiran diri       :Penduduk tetap kawasan Palekbang

                       -Berumur 11 Tahun

Kisah Kejayaan:

Seorang pelajar sekolah rendah dan merupakan penduduk tetap kawasan Palekbang juga merupakan ahli yang berdaftar dengan Pusat Internet Palekbang.Sebelum mengenali Pusat Internet beliau merupakan seorang yang hampir tiada pengetahuan langsung mengenai komputer dan dunia ICT.Beliau juga tiada pengetahuan langsung dalam penggunaan komputer.Selepas mendapat pendedahan dan tunjuk ajar daripada petugas PI beliau kini mampu mengendalikan dan menggunakan internet dengan sempurna.Beliau juga berkebolehan menggunakan aplikasi online yang terdapat pada talian seperti Googlemaps dan juga permainan online.

 afif1afif2