Nama       : Syahirah Binti Jaafar
Umur         : 25 Tahun
Ahli           : 2018

 

 

Latar belakang

Syahirah Binti Jaafar berasal dari Kg. Berangan Pondok, Tumpat. Beliau mula menjalankan perniagaan pada tahun 2017.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum ini, beliau hanya menjalankan perniagaan di rumah sahaja dan tidak pernah terlibat dalam mana-mana perniagaan dalam talian. Namun,beliau mengambil langkah berani untuk mencuba membuat promosi secara dalam talian bagi jualan barangan dalam facebook dan instagram.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau memulakan dengan menglibatkan diri mengikuti kursus dan Latihan Keusahawanan di Pusat Internet Palekbang ini pada bulan September 2018 dan telah berjaya menghabiskan modul yang dipelajari hanya dalam tempoh 1 bulan. Setelah mempelajari kemahiran keusahawan di Pusat Internet Palekbang ,beliau berminat untuk melibatkan diri dalam perniagaan online. Syahirah lebih menyukai platform Facebook dan Instagram sebagai pilihan beliau untuk menjual perniagaannya kepada umum dan masyarakat setempat. Beliau katanya begitu teruja untuk bergiat secara aktif dalam dunia jualan dan pemasaran online. Tidak diragui pada permulaan perniagaan beliau, beliau perlu lebih aktif dalam mempromosikan barangan jualan beliau kerana beliau masih baru dalam dunia jualan online ini. Namun, beberapa bulan selepas itu, beliau mampu untuk meraih keuntungan dua kali ganda setelah mengaplikasikan jualan di talian. Beliau sangat teruja dan berazam untuk mempertingkatkan lagi usaha bagi meraih pendapatan yang lebih banyak.

 Nama       : Nur Izzati Binti Mokhtar
Umur         : 24 Tahun
Ahli           : 2014

 

 

Latar belakang

Nur Izzati Binti Mokhtar berasal dari Kg.Paloh,Tumpat. Beliau mula menjalankan perniagaan pada tahun 2016 di Tingkat 2, Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu dengan bantuan modal daripada bapanya.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum ini, beliau hanya menjalankan perniagaan di kedai sahaja dan tidak pernah terlibat dalam mana-mana perniagaan dalam talian.Namun,beliau mengambil langkah berani untuk mencuba membuat promosi secara dalam talian bagi jualan barangan dalam facebook dan instagram.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Nur Izzati memulakan dengan menglibatkan diri mengikuti kursus dan Latihan Keusahawanan di Pusat Internet Palekbang ini pada bulan Mac 2016 dan telah berjaya menghabiskan modul yang dipelajari hanya dalam tempoh 1 bulan. Setelah mempelajari kemahiran keusahawan di Pusat Internet Palekbang ,beliau berminat untuk melibatkan diri dalam perniagaan online. Beliau lebih menyukai platform Facebook dan Instagram sebagai pilihan beliau untuk menjual perniagaannya kepada umum dan masyarakat setempat. Beliau katanya begitu teruja untuk bergiat secara aktif dalam dunia jualan dan pemasaran online. Tidak diragui pada permulaan perniagaan beliau, beliau perlu lebih aktif dalam mempromosikan barangan jualan beliau kerana beliau masih baru dalam dunia jualan online ini. Namun, beberapa bulan selepas itu, beliau mampu untuk meraih keuntungan dua kali ganda setelah mengaplikasikan jualan di talian. Beliau sangat teruja dan berazam untuk mempertingkatkan lagi usaha bagi meraih pendapatan yang lebih banyak.

 Nama       : Wan Nazirah Binti Wan Ya
Umur         : 19 Tahun
Ahli           : 2018

 

 

Latar belakang

Wan Nazirah adalah merupakan pelajar sarjana muda daripada Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan berasal daripada Kg.Laut . Sementara menghabiskan cuti semester, Wan Nazirah mengambil peluang untuk belajar kelas komputer di Pusat Internet Palekbang bagi menambah kemahiran penggunaan komputer. Beliau akui mempunyai kemahiran yang sangat lemah dalam menggunakan komputer dan kurang pendedahan tentang penggunaan Internet..

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum ini, Wan Nazirah  kurang mahir dalam mengendalikan aplikasi MS Office dan juga penggunaan Internet. Ketika masih menuntut di IPTA,beliau memang sukar untuk membuat tugasan yang melibatkan literasi komputer. Justeru itu, beliau mengambil keputusan untuk mengikuti kursus komputer sementara ada masa yang terluang

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mengikuti kursus komputer selama lebih kurang 4 minggu, kini Wan Nazirah semakin mahir menggunakan aplikasi MS Office Word dan MS Office Excell. Pada masa yang sama, beliau juga turut mengikuti kelas Asas Keusahawan yang dianjurkan oleh Pusat Internet Palekabng bagi membuka peluang dalam perniagaan atas talian.

 Nama       : WAN MUHAMMAD FAREES BIN WAN MAHMOOD
Umur         : 12 Tahun
Ahli           : 2015

 

 

Latar belakang

Wan Muhammad Farees Bin Wan Mahmood merupakan seorang pelajar sekolah yang tidak tahu menggunakan komputer.Sebelum mengenali PI Palekbang beliau merupakan seorang yang hampir tiada pengetahuan langsung mengenai dunia ICT dan tidak pandai menggunakan komputer.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Seorang yang tidak pandai mengendalikan serta menggunakan komputer dan tidak tahu menggunakan perisian komputer seperti Microsoft Office, Paint dan Google Chrome

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah itu beliau mendaftar untuk menjadi keahlian PI Palekbang atas nasihat daripada kawan dan mula mengikuti latihan yang diatur oleh petugas dan tenaga pengajar PI Palekbang.Beliau banyak mendapat tunjuk ajar daripada petugas untuk menggunakan komputer dan mempelajari ilmu ICT dan cara-cara menggunakan internet dengan selamat.Selepas mendapat pendedahan dan tunjuk ajar daripada PI kini beliau mampu untuk mengendalikan dan menggunakan internet dengan sempurna.

 Nama       : Md Fadzil Bin Mahadi
Umur         : 34 Tahun
Ahli           : 2019

 

 

 

Latar belakang

 

- Merupakan seorang usahawan dari Kg.Morak,Palekbang.Beliau menjalankan perniagaan menjual aksesori memancing dan juga barangan wanita seperti tudung dan juga aksesori secara atas talian dan juga secara terbuka.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 

-Pemasaran produk hanya dikawasan sekitar dan kepada kaum kerabat dan juga kenalan terdekat

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

-Sebelum ini perniagaannya hanya tertumpu dikawasan sekitar Tumpat dan Kota Bharu sahaja.Namun setelah menghadiri kelas latihan komputer di PI Palekbang beliau berminat untuk memasarkan produknya melalui atas talian dan hasil  jualan nyata menigkat dan pasaran produk menembusi pasaran luar daripada Kelantan