Nama           : Nurul Huda Binti Mansor

Butiran Diri :  -Penduduk kawasan Tumpat

                      -Berumur 27 tahun

 

Kisah Kejayaan :

Latar belakang

 

- Merupakan seorang usahawan dari Kg.Chabang Empat. Beliau menjalankan perniagaan menjual serunding, karipap mini, dodol, popia mini dan pelbagai kuih-muih secara atas talian dan juga secara terbuka.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 

-Pemasaran produk hanya dikawasan sekitar daerah Tumpat  dan juga kenalan terdekat sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

-Sebelum ini perniagaannya hanya tertumpu dikawasan sekitar Tumpat dan juga kenalan terdekat sahaja..Namun setelah menghadiri kelas latihan komputer di PI Palekbang beliau berminat untuk memasarkan produknya melalui atas talian dan hasil  jualan nyata meningkat dan pasaran produk menembusi pasaran seluruh negara.

Nama           : Wan Muhd Arif Sufandi Bin Wan Rosli

Butiran Diri :  -Penduduk kawasan Palekbang

                      -Berumur 24 tahun

 

Kisah Kejayaan : 

Latar belakang

 

-Beliau berumur 24 tahun dan merupakan seorang lepasan sekolah yang menjalankan perusahaan bengkel baikpulih kenderaan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 

Pendapatannya hanya tertumpu dikawasan sekitar dan tidak begitu memberangsangkan.kerana perkhidmatan hanya kepada orang terdekat dan orang yang mengenali sahaja dan menggunakan kaedah offline.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

-Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Palekbang beliau telah mendapat pendedahan promosi perkhidmatan bengkel secara online dan melalui kaedah ini hasil jualan meningkat dari sebelumnya.Ini kerana perkhidmatan yang diberikan menembusi pasaran yang lebih luas lagi dan ramai pelanggan datang daripada luar kawasan semata-mata untuk mencuba perkhidmatan baik pulih kenderaan yang ditawarkan.

 

Nama :Wan Farah Binti Wan Mohamed
 
Umur : 30 tahun  
Ahli : 2017  

 

Latar belakang 

- Wan Farah Bt Wan Mohamed berasal dari Kg.Kebakat,Tumpat.Beliau menjalankan perusahaan kedai makan bermula tahun 2016. Setelah mendapat pinjaman kewangan, beliau mengembangkan perniagaan dengan membuka sebuah kafe makanan tradisional dan barat.Sekarang mempunyai 2 cawangan kafe.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 Menjalankan perniagaan di warung hadapan rumah sahaja.Pelanggan pula penduduk sekitar kampung sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

-Setelah menghadiri kelas Latihan Komputer dan Latihan Keusahawanan di PI Palekbang beliau berminat untuk mempromosikan kafe melalui atas talian dan hasilnya pelangannya semakin bertambah dan nyata meningkat dan sekarang kafe beliau dikenali sehingga keluar negeri.

Nama : Muhammad Syukri Bin Mohamad
 Umur : 21 Tahun
 Ahli : 2010

 

Latar belakang

Muhammad Syukri merupakan seorang belia yang buta IT.Sebelum mengenali PI Palekbang beliau merupakan seorang yang hampir tiada pengetahuan langsung mengenai dunia ICT dan tidak pandai menggunakan komputer.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Seorang yang buta IT dan tidak pandai mengendalikan serta menggunakan komputer.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mendapat pendedahan dan tunjuk ajar daripada pi1m kini beliau mampu untuk mengendalikan dan menggunakan internet dengan sempurna.Beliau juga berkebolehan menggunakan aplikasi online yang terdapat pada talian seperti,Waze,Googlemaps dan sebagainya.

Nama :Nik Norasyikin Binti Nik Othman
 
Umur : 26 tahun  
Ahli : 2017  

 

Latar belakang

- Merupakan seorang suri rumahtangga dari Kg.Laut,Tumpat.Beliau menjalankan perusahaan membuat tempahan biskut dan kek dan juga menjual tudung secara kecil-kecilan dan secara atas talian

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

-Pemasaran produk hanya dikawasan sekitar dan kepada kaum kerabat dan juga kenalan terdekat

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

-Sebelum ini perniagaannya hanya tertumpu dikawasan sekitar Tumpat dan Kota Bharu sahaja.Namun setelah menghadiri kelas latihan komputer di Pi Palekbang beliau berminat untuk memasarkan produknya melalui atas talian dan hasilnya pelangan semakin bertambah dan nyata menigkat dan pasaran produk menembusi pasaran luar daripada kawasan setempat.