Nama       : Nor Azira Binti Che Ibrahim
Umur         : 33 Tahun
Ahli           : 2017

 

Latar belakang

 

Nurul Amanina berasal dari Kok Keli, Tumpat. Beliau merupakan seorang usahawan yang menjual makanan dan kuih-muih secara atas talian.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 

Permintaan untuk produk yang dijual sebelum ini hanya melalui walk in dari pelanggan sahaja. Jualan kuih-muih atau tempahan makanan hanya  melalui panggilan sahaja dan tidak begitu meluas pemasaran.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

 Selepas menyertai Kelas Keusahawanan di Pusat Internet Palekbang, beliau dapat menambah lagi ilmu pemasaran produk ke dalam media sosial. Mempromosikan produk ke dalam FB & Whatsapp dan mula mendapat tempahan awal dari pelanggan kampung sekitar tumpat. Perkhidmatan “COD” juga disediakan mengikut masa, kuantiti dan lokasi pelanggan. Pendapatan sebulan boleh mencecah sehingga RM1800.

 Nama       : Muhd Adiy Bin Mohd Jasmi
Umur         : 15 Tahun
Ahli           : 2012

 

Latar belakang

Muhd Adiy adalah merupakan pelajar tingkatan 5 daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Kg Laut. Ketika cuti hujung minggu beliau mengambil keputusan untuk mengikuti kelas komputer di Pusat Internet Pelekbang kerana mengakui mempunyai kemahiran yang sangat lemah dalam menggunakan komputer dan kurang pendedahan tentang penggunaan Internet.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada awal permulaan Muhd Adiy tidak tahu menggunakan dan mengendalikan penggunaan komputer serta internet.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Muhd Adiy telah mengikuti kelas latihan kelas Asas Komputer di Pusat Internet Palekbang. Kini, beliau telah semakin mahir menggunakan aplikasi MS Office Word dan MS Office Excell.Tujuan utama beliau belajar adalah untuk kemudahkan urusan beliau untuk membuat kerja khusus yang diberikan oleh cikgu di sekolah. Oleh yang demikian, jalan yang terbaik buat beliau adalah dengan menghadiri kelas belajar kelas asas komputer.

 Nama       : Che Hanisah Bt.Che Zakaria
Umur         : 31 Tahun
Ahli           : 2013

 

Latar belakang

 

-Beliau berumur 28 tahun dan merupakan seorang lepasan IPTA yang menjalankan perniagaan online barangan kecantikan dan tudung .

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 

Pendapatannya hanya tertumpu dikawasan sekitar dan tidak begitu memberangsangkan.kerana jualan produk hanya kepada orang terdekat dan orang yang mengenali sahaja dan menggunakan kaedah offline.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

-Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet 1Malaysia Palekbang beliau telah mendapat pendedahan jualan secara online dan melalui kaedah ini hasil jualan meningkat dari sebelumnya.ini kerana produk menembusi pasaran yang lebih luas lagi termasuk luar daripada negeri kelahiran.

 

 Nama       : NIK NUR BAHYAH BT NIK ZELAN
Umur         : 18 Tahun
Ahli           : 2020

 

Latar belakang

Nik Nur Bahyah adalah merupakan pelajar tingkatan 6 daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Kg Laut. Ketika cuti hujung minggu beliau mengambil keputusan untuk mengikuti kelas komputer di Pusat Internet Pelekbang kerana mengakui mempunyai kemahiran yang sangat lemah dalam menggunakan komputer dan kurang pendedahan tentang penggunaan Internet.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada awal permulaan Nik Nur Bahyah tidak tahu menggunakan dan mengendalikan penggunaan internet

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Nik Nur Bahyah telah mengikuti kelas latihan kelas Asas Komputer di Pusat Internet Palekbang selama lebih kurang 2 bulan. Kini, beliau telah semakin mahir menggunakan aplikasi MS Office Word dan MS Office Excell.Tujuan utama beliau belajar adalah untuk kemudahkan urusan beliau untuk membuat kerja khusus yang diberikan oleh cikgu di sekolah. Oleh yang demikian, jalan yang terbaik buat beliau adalah dengan menghadiri kelas belajar kelas asas komputer.

 Nama       : Nurul Amanina Bt Md Yusoff
Umur         : 28 Tahun
Ahli           : 2010

 

Latar belakang

 

Nurul Amanina berasal dari Kg.Haji Merah, Tumpat. Beliau merupakan seorang usahawan yang menjual makanan dan kuih-muih secara atas talian.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 

Permintaan untuk produk yang dijual sebelum ini hanya melalui walk in dari pelanggan sahaja. Jualan kuih-muih atau tempahan makanan hanya  melalui panggilan sahaja dan tidak begitu meluas pemasaran.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

 Selepas menyertai Kelas Keusahawanan di Pusat Internet Palekbang, beliau dapat menambah lagi ilmu pemasaran produk ke dalam media sosial. Mempromosikan produk ke dalam FB & Whatsapp dan mula mendapat tempahan awal dari pelanggan kampung sekitar tumpat. Perkhidmatan “COD” juga disediakan mengikut masa, kuantiti dan lokasi pelanggan. Pendapatan sebulan boleh mencecah sehingga RM1000-RM1500